Posts

Sejarah Sarawak dan Sultan Tengah.

Image
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Tang, dan Song di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit.Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati atau Datu Merpati telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15[perlu rujukan]. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Merujuk kepada kitab Sejarah Melayu da...

Asal Uusl Nama Sarawak

Image
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut: Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni. Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Kelaka Kita Ajak

Image
Salam Sarawak kepada semua pembaca-pembaca. Kamek molah blog tok untuk kelaka kita ajak, memandangkan sik ada lagik urang kita ada berkelaka Sarawak dalam blog-blog. Mungkin sebab susah nak naip kelaka Sarawak dalam dunia maya kali. Dalam tok kamek nang kelaka kedak tok ajak lah. Ada nya kelaka baku pun sigek duak ajak kali. Kita urang Sarawak harus bangga dengan bahasa yang kita ada. Bahasa Sarawak? Oleh kerana Sarawak tok didiam oleh banyak kaum dan bangsa, maka bahasa Sarawak bukan nya ngak sigek ajak. Mun Iban dengan Bahasa Iban nya, mun Bidayuh dengan Bahasa Bidayuh nya, mun Melanau dengan Bahasa Melanau nya, dan banyak agik lah. Setiap daerah dan tempat di Sarawak tok ada bahasa, budaya yang tersendiri. Sik sama bahasa, sik sama bangsa namun boleh idup harmoni sama-sama. Nisik ada masalah untuk kamek urang Sarawak untuk duduk semeja minum kopi o peng. Oleh kerana ya juak, kebanyakan urang Sarawak ada yang 'mixed blood' kata urang putih. Perkara t...